Sunday, January 26, 2014

Uhibbuki fillah

Assalamualaikum...

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar

Uhibbuki fillah - Aku sayang padamu demi Allah

Manis, cantik dan indah perkataan ini. Bila dituturkan pada sahabat, maka tersenyum lah beliau.

Dan apa pula tanggungjawab sang penutur itu dengan sayangnya itu demi Allah?

Sahabat kesayanganku,
Kite pegang "uhibbuki fillah" itu. Janji berkasih sayang demi Allah. Dan nasihat menasihati lah kita agar masing-masing nanti berpimpinan di titian mustaqim.

Sahabat yang aku kasihi,
Kite pegang "uhibbuki fillah" sebagai janji untuk tarik antara satu sama lain agar tidak lari dari aliran dan acuan yang Allah bentuk.

Sahabat di perjalanan kehidupanku,
Pimpin aku sekiranya terlihat di zahir perlakuanku yg tidak sepatutnya ada pada seorang aku yang bernama muslimah.

Ya Allahu Rabbi, hadirkan kami cintaMU di ukhuwah ini. Jadikan kami dan sahabat kami hambaMU yg teguh dengan perintahMU. Ingatkan kami untuk selalu saling mengingati. Dan sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

-HambaMU-

Kuantiti dan Kualiti amalanmu

Assalamualaikum ...

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar


Saya baru sahaja menghabiskan beberapa helaian buku tulisan Ustaz Kazim Elias (Tuhan Sedang Menguji Kita). Dalam beberapa helaian itu, saya tertarik dengan salah satunya yang menyebut:


"Benar, Allah tidak sebut siapa yang paling banyak amalannya. Tapi Allah menyebut siapakah yang paling terbaik amalannya"


Sungguh ramai yang merasakan bahawa dengan amalan yang telah dilaksanakan sudah melambangkan beliau sebagai layak ke syurga. Alhamdulillah, semoga dengan amalan yang dilakukan itu dihisab sebaiknya. 


Namun, tidak salah rasanya, di hujung solat taubat di penghujung malam, dibekukan masa selama tiga minit untuk menilai kembali apa kualiti ibadat seharian kita hari ini. 


Adakah dengan percakapan kita hari ini menyakitkan hati kawan-kawan?


Adakah dengan sujud Zohor siang tadi, kita sebenarnya tidak khusyuk?


Adakah dengan RM10 yang dihulurkan pada MakCik tepi bank tadi bukanlah sadaqah tetapi riak semata-mata?


Adakah dengan puasa sunat tadi menjadikan kita lemah dan bukannya bersemangat waja?


Di mana letaknya titik kualiti itu jika di hujungnya kita hitung berapa banyak kebaikkan yang kita lakukan hari ini lantas kita merasa puas dan bangga. Tetapi yang dihisab adalah kualiti semata-mata. Mungkin, lebih berkualiti lagi seorang manusia yang hulurkan 50 sen kepada MakCik sedang dia amat perlu akan duit tersebut lalu hadir ikhlas di hatinya walau kuantitinya kecil. Mungkin lagi berkualiti seorang yang tidak puasa sunat pun tapi sujud solat Zohornya tadi adalah sujud dengan hadir rasa pengabdian seorang hamba pada Pencipta. Mungkin, lagi berkualiti rakan sekerja yang diam tidak berkata apa-apa, kerana diamnya adalah zikrullah atau menahan sabar dari bercakap perkara lagha. 


Mungkin, dan Allah itu Maha Mengetahui. 


Ya Allah, hadirkan kami rasa ikhlas dalam amalan kami. Tingkatkanlah rasa pengabdian kami kepadaMu. Sungguh kami manusia penuh dosa dan pada Kamu sahaja kami memohon pengampunan


-HambaMu-

Saturday, January 25, 2014

Di jalan hijrah ini

Assalamualaikum ...

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar

"Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?). Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian mahkluk?" Al-Ankabut, Ayat 10.

Di jalan hijrah ini, sungguh ramai manusia datang menguji, bahkan mengeji. Ibaratnya kolot sungguh pakaianku, pemikiranku, percakapanku dan tingkahku. Maka, seringkali juga terdetik di hati goyah, apa aku perlu selamanya "kolot" begini?

Allahu,
Maafkan hamba kerana menjadikan gangguan manusia ini seperti azab seksaMu, lalu aku terkadang lalai dan taatkan manusia asalkan manusia itu redha. Sedang manusia itu juga hambaMu.

Allahu,
Pimpin aku, aku mahu bersamaMu bukan sahaja di kata-kataku tapi juga di hatiku. Aku pohon redhaMu, aku pohon lindungi aku dan mereka yang kasihkanMu.

Kerna kau lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk.

-HambaMu-